Puas aku mencuba,
Puas aku berusaha,
Menepis semua dugaan,
Menepis semua rintangan.
Malah ada yang anggap
Aku lupa daratan,
Malah ada yang anggap
Aku lupa kedudukan.
Peritnya aku lalui,
Peritnya aku jalani,
Kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini,
Kemelut yang hanya
Diriku sahaja yang mengetahui.
Telah aku fikirkan sedalamnya,
Telah aku selongkar separuh darinya,
Harus aku sabarkan yang telah sabar,
Tak hirau luka, Tak hirau duka.
Dan jatuh air mataku
Mendengar pengakuan ikhlas
'Aku Selalu Inginkan Kemenangan'
Moga suatu hari nanti bertemu
Dengan pengalahan diriku.
Moga suatu hari nanti terbukti
Dengan keikhlasan hati menyayangi.
Pujuklah,
Hadirlah,
Rapatlah,
Dakaplah,
Peluklah,
& Eratlah.
inspired by UKAYS
No comments:
Post a Comment