Saturday, September 22, 2012

LAST POST AS LONG AS NEEDED


Bacalah,ketahuilah & fahamilah, jika seorang lelaki amat menyintai seorang wanita:-



-Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

-Sanggup menitiskan air mata deminya.. Bukan semuaanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

-Tidakkah kamu terharu melih
at seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

-Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

-Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

-Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

-Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

-Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

-Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

-Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

-Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

-Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

-sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

-Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...

-Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

-Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

-Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

-Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

-Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..


p/s : post terakhir selagi tiada permintaan untuk di teruskan. 'post la lagi' will be enough for me to post next.  

Masalah Perut Buncit


Salam Satu Dunia..berita utama, seorang pemuda,Wow Jang Buldung,di pedalaman kota raya berjaya mencatatkan satu rekod baru dunia iaitu 'Menarik & Menggerakkan Sebuah Bas Menggunakan Bulu Hidung'. 

Pemuda itu telah meminta khidmat doktor pakar bagi tujuan menambah dan memanjangkan bulu hidungnya semenjak bekas teman wanitanya,Eleh Akue Debul Tiokjang memutuskan hubungan dengan beliau setahun lepas. Panjang bulu hidung Wow sekarang ini ialah 0.89 meter dan beliau berhasrat untuk membiarkan bulu hidungya itu memanjangkan hingga mencecah buku lali ketika berdiri. 

Wartawan, Karam TeeDuck Timboltimbol bin Eno Halia menemubual teman wanita pemuda tersebut bagi mendapatkan pengesahan mengapa cik Eleh memutuskan hubungan dengan Antara Lelaki Terkuat Dunia itu. Wanita itu memberitahu dia tidak tahan dengan kegelian yang selalu melanda dirinya sepanjang proses hubungan dengan Wow jika teringatkan akan nama bekas teman lelakinya itu yang iras-iras dengan ayat 'wow panjangggg bulu idonggggg'. 

Wow ketika ditanya beliau teramat kecewa dengan bekas teman wanitanya itu, beliau tidak geli sedikit pon walaupun bekas teman wanitanya itu mempunyai nama yang iras-iras dengan ayat 'eleh aku ade bulu ketiak panjang'. 

Berita selanjutnya, lupakan yang mengarut ini yang betulnya. Sekarang ini, ramai orang tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai masalah perut buncit. perut buncit merupakan satu igauan ngeri bagi wanita tetapi kebiasaan bagi kaum lelaki. Perut buncit kadang-kadang boleh membuatkan seseorang itu berasa malu dan kurang keyakinan diri. Namun begitu terdapat juga sesetengah persepsi yang mengatakan seseorang yang mempunyai perut yang buncit adalah menarik dan seksi. Saya bersetuju dengan persepsi itu, tapi janganlah buncit sangat kan?bila dah ketidakselesaan, kesukaran ketika bergerak timbul,nak ibadat pun susah kan? bak kate orang ganu 'sakok perot'. Bagi yang mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini, saya sertakan di sini

Cara-cara Mengatasi Masalah Perut Buncit :- 

Membanyakkan Minum Air Masak .

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Minum air masak yang banyak juga akan menjamin fungsi hempedu lebih efektif dan penyingkiran bahan buangan badan berjalan lancar.

Makan Secara Perlahan-lahan.

Ketika makan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang boleh membuatkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

Mengurangkan Kuantiti Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam diet makanan akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk dan tahniah, anda perut buncit. 

Makan Makanan Penuh Serat.

Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan kumpulan makanan-makanan berserat seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu ketika proses penjagaan dari permasalah perut buncit.

Meminta Khidmat Pakar Ketika Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

Menghindarkan Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

Bersenam atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


Islam menggalakkan kita supaya menjaga kesihatan dan kekal mempunyai badan yang sihat dan kuat.

p/s: datin oh datin

Wednesday, September 19, 2012

Pahit Ke Manis Andai Sabar Kuatkan Iman

Puas aku mencuba,
Puas aku berusaha,
Menepis semua dugaan,

Menepis semua rintangan.
Malah ada yang anggap
Aku lupa daratan,

Malah ada yang anggap
Aku lupa kedudukan.

Peritnya aku lalui,
Peritnya aku jalani,
Kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini,
Kemelut yang hanya
Diriku sahaja yang mengetahui.

Telah aku fikirkan sedalamnya,
Telah aku selongkar separuh darinya,
Harus aku sabarkan yang telah sabar,
Tak hirau luka, Tak hirau duka.
Dan jatuh air mataku
Mendengar pengakuan ikhlas
'Aku Selalu Inginkan Kemenangan'

Moga suatu hari nanti bertemu
Dengan pengalahan diriku.
Moga suatu hari nanti terbukti
Dengan keikhlasan hati menyayangi.


Pujuklah,
Hadirlah,
Rapatlah,
Dakaplah,
Peluklah,
& Eratlah.





inspired by UKAYS







Saturday, September 8, 2012

KOMUNIKASI DALAM HUBUNGAN

ade ape dengan tajuk? huhu.. hari ini, tanggal 8/9/2012, hatiku terasa lega setelah 2 ke 3 hari asyik gundah gulana, serba tidak kena.. kenapa hati gundah? kerana hati sepanjang masa memikirkan tentang pemiliknya, Datin Seri Yang Terutama Tun Cik Lanang (DSYTTCL) ..huhu.. kenapa hari ini baru hati terawat? kerana hari ini barulah hati terawat setelah memikirkan langkah untuk berubah ialah satu yang salah & hari ini barulah  DSYTTCL perasan dengan perubahanku.. jika tadi aku tidak mengambil langkah untuk berkomunikasi dengan cara yang profesional & formal, chewahhhhhhhhh, agaknya hubungan kami masih akan dingin.. hari ini hati ini selalu mengingatkan, "aku bakal menjadi pemimpin/ketua keluarga, perbetulkan ape yang tidak betul, perkemaskan ape yang sudah elok, ini untuk cinta aku dan dia".. setelah itu terjadi satu komunikasi antara aku dengan Datin Seri yang penuh dengan perasan kasih, cinta & sayang..tidak terjadi ketinggian suhu, setelah aku menegaskan kepada Datin yang komunikasi ini penting untuk kami berdua.. di tanya kenapa, ditanya bagaimana, & dijawab pertanyaan masing- masing tanpa ada perasaan marah, benci, & sakit hati.. Alhamdulillah, kami ke bulan & bintang selepas itu (metafora ni,ambe dok mampu nok gi betul2 bulang nge bitang nuhhhh)..disini aku sertakan pendapat aku sendiri tentang 5 Perkara Bagaimana Untuk Membolehkan Komunikasi Yang Efektif Tercapai :- (komunikasi 2 pihak,pihak pertama & kedua)

1)  Mendengar - pihak pertama seharusnya mendengar dengan teliti percakapan pihak kedua ketika satu komunikasi berlaku,tidak boleh mencampur adukkan dengan pendengaran terhadap perkara lain yang ada ketika komunikasi tersebut berlaku.

2) Bersedia sebelum komunikasi dilakukan - sebelum komunikasi berlaku, persediaan berkenaan dengan perkara yang akan di bincangkan seharusnya di buat terlebih dahulu samada formal @ tidak, baik pihak pertama mahupun pihak kedua.

3)Mengambil nota dan mendokumenkan keputusan - penting untuk kedua-dua pihak mencatitkan sedikit nota/dokumen ketika komunikasi pertimbangan pada masa hadapan

4)Sentiasa fokus dan lakukan perbincangan bermodular - fokus terhadap perkara yang akan di bincangkan tanpa memikirkan perkara yang selain dari tujuan utama komunikasi tersebut. ini adalah penting untuk meyakinkan kedua-dua pihak yang masing-masing inginkan tujuan komunikasi tercapai.

5)Teruskan sekiranya kedua-dua pihak bersetuju, teruskan juga sekiranya persetujuan tidak dicapai dan juga  teruskan sekiranya sesuatu yang kurang jelas tidak dapat diterangkan pada waktu itu - pelik sedikit dengan ayat ini kan? sekiranya pihak kedua bersetuju dengan apa yang pihak pertama ajukan, pihak pertama teruskan dengan perkara lain yang akan dibincangkan tanpa berhenti lama. jika persetujuan tidak tercapai antara kedua-dua pihak mahupun sebelah pihak @ kurang jelas mengenai perkara yang diajukan, teruskan komunikasi, cari solusi, & penerangan sehingga tercapai persetujuan & kefahaman bersama.


shes on the way back, susah hati x terkata, hanya menunggu panggilan si intan permata

Friday, September 7, 2012

MOGA MENERANGI KEGELAPAN



Janganlah gundah gulana/tidak tenteram/timbul marah jika seseorang memerlukan kamu tika hanya disaat kamu diperlukan. Semaikanlah didalam hati bahawa kamu ialah cahaya tika kegelapan menyelubungi orang lain.. aku? hahahahaha.. aku bukanlah wokel rakyat yg selalu dicari rakyat..seorang hamba,insan biasa, anak lelaki, adik, abang, pekerja, tunangan orang..namun, doakan dari dulu hingga sekarang tidak hanya untuk diriku, tapi juga untuk sekalian hamba, agar menjadi insan gemilang & terbilang(pinjam dr.fadzilah punyer ayat)..

MENJADI SATU KESALAHAN UNTUK SUAMI KURANG MENGCEMBURUI ISTERI


SALAH jika seorang suami memBIARkan kesempurnaan,keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai orang. SALAH jika suami memBIARkan isterinya menampakkan aurat ketika keluar rumah. SALAH jika suami membiarkan isteri berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan SALAH jika suami BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ orang ramai. Wanita dimata Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia,sehingga keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja, tidak sesekali di'jaja' dimerata-rata tempat.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}
Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):
“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}
Dan ad-Dayyuts(dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

"MOGA DILINDUNGI, DIPERTEGUHKAN, DITINGGIKAN & DIKUATKAN DENGAN KESABARAN DALAM MENJADI KETUA/PEMIMPIN KELUARGA..HANYALAH UNTUKMU"

Saturday, August 18, 2012

DONG JAH DE BUK BAI IK KAVER (dontjudgethebookbyitscover)

Assalamualaikum wbt..

30 ramadhan, akhir ramadhan...apa amalanku?apa sedekahku? teramat sedih..hari lahirku yg ke 25 tinggal 6 hari lagi..ermmm..makin meningkat usiaku...

Sedang duk belek2 khelebek2,intai2 fesbuk tadi terjumpa satu foto kata2 yang membuatkan aku terfikir sejenak,diriku yg dulu & diriku yg skrang.. dulu aku telah iktikadkan dalam diriku, walaumcm mn skalipon, jgn menilai seseorang melalui ape yg kite lihat.. tapi sekrang, ade jgk 3 4 kali aku menilai luaran seseorng.. 




ya Allah, ampunilah dosaku, berikanlah aku petunjukMu, jauhkanlah aku dari siap mazmumah,dekatkanlah aku dengan sifat mahmudah..peliharakanlah imanku terhadapMu..aku teramat sangat ingin makin dekat kepadamu ya Allah.. kepada kawan2, dan yg membaca entri ini, ampunkanlah saye, doakanlah kesempurnaan iman & islam bersama..amin ya Rabbal Alamin..

Friday, August 17, 2012

Usia & Waktu

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini dan semalam aku terasa tidak tenang, tidak tahu kenapa, terasa penuh dalam dada..tidak henti-henti aku memohon ketenangan dariNya dan selawat keatas junjunganku..selepas berbuka puasa tadi, barulah dadaku terasa lapang sedikit..Alhamdulillah..Di kala ketenangan hak milik seketika ini ialah aku, aku ingin  ceritakan mengenai 'usia' dan 'waktu' yg telah aku lalui dalam hidupku..

Aku lahir pada bulan syawal, hari ke-6, selepas 1408 hijrah junjunganku Nabi Muhammad s.a.w.. aku tidak dapat menceritakan kehidupanku dari umurku sehari hingga 5 tahun kerana tidak dapat mengingati walau satu perkara dalam tempoh tersebut..hehehehe.. ketika kecil, aku seorang kanak-kanak yang teramat nakal.. parit, longkang, menjadi tempat permainanku..seluar dan baju hampir setiap hari dikotorkan dengan selut oleh nakal ku itu..aku selalu dimarahi kedua-dua orang tuaku, sehinggakan aku dirotan dengan libasan 120km/jam oleh aboh..padan muka diriku..hehehehe.. aku memulakan pembelajaran yang formal pada usiaku 6 tahun, Tadika Kemas Kemasik.. aku masih ingat,telah aku bisikkan kedalam diriku, aku mahu belajar..aku begitu menyukai pelajaran matematik...aku menguasai penolakan & penambahan, sehinggakan aku memohon pada cikgu supaya memberikan soalan-soalan yang sukar(pendaraban & pembahagiaan)..huhuhu..

Setelah menamatkan ijazah sarjana muda tadika kemas kemasik bagi kategori umur 6 tahun, aku melanjutkan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Kemasik.. hehe.. Ketika aku bersekolah disitu, terdapat satu perisiwa yang tidak dapat aku lupakan.. penyakit dock ee ngak dunk chuai melanda diriku.. tuu bi konti niyukkkkkkkkkkkkkk

Wednesday, August 15, 2012

CINTA SI UBI

ubi tak diam,ubi tetap tumboh,tapi tumboh dalam tanoh,awal2 xdok sape amek tahu..berisi ke x berisi ke,tumboh ke dok ke,koho besor ke srupe tuler ker,xdok sape amek tahuuu..buleh tuan hok cakne,siram,buh baje,suke ati ubi..buleh tuan hok paka lok, gelisoh ati ubi..lame ubi kene tanam dlm tanoh,barulah orang sibuk cari cako,nok tahu guane keadaan ubi..ubi oh ubi, diammu x bererti dirimu berisi, xjge beerti dirimu x berisi..segalenye, kun fayakun..selamat menyambut syawal yg bakal tibe,mohon ampon zahir & batin.. p/s; walaupun ramadhan masih berbaki 4 hari...jgn sesekali kita merasa yg kita dah lambat...dh xsempat...untuk beribadah dalam bulan ni..even baki hanya tinggal 1 saat skalipun...kita masih lg mempunyai masa...sbb Allah bukan shj menilai kita dgn sebanyak mn kebaikan yg kita lakukan tp Allah juga nilai sejauh mn usaha kita untuk melakukan kebaikan..(sumber: mek ambe)

Saturday, July 21, 2012

Apakah Terlarang Bercinta Sebelum Kahwin?


Berciuman dan berpelukan cinta berahi antara pasangan di tepi jalan ataupun di khalayak ramai adalah perkara biasa di dunia Barat. Hidup bagaikan suami isteri tanpa kahwin adalah fenomena yang tidak asing. Sehingga dalam banyak jemputan, dijemput bersama ‘spouses and partners’.

Memiliki anak tanpa perkahwinan bukanlah sesuatu yang ganjil. Sekalipun ini semua bukanlah budaya asal masyarakat Barat, tetapi trend hidup moden yang disuburkan oleh pelbagai faktor telah meruntuhkan banyak nilai-nilai tradisi yang pernah ada dalam masyarakat mereka dahulu. Ini termasuklah faktor eksploitasi naluri cinta dan seks oleh para pemodal; penerbit majalah, filem, ubat dan pelbagai lagi.

Apakah cinta itu seks? Apakah seks itu cinta? Perkataan cinta agak abstract. Ia boleh dipadankan kepada banyak perkara; cinta Allah, cinta keluarga, cinta negara, cinta seni dan selainnya. Cinta ertinya kasih, sayang dan ingin bersama. Dalam konteks lelaki dan wanita tentulah antara manifestasi cinta itu hubungan seks. Walaupun bukan semua yang melakukan seks itu bercinta, tapi seks itu utama dalam cinta pasangan. Maka ahli fekah pun mentakrifkan nikah itu sebagai akad yang menghalalkan persetubuhan. Suami yang tidak mampu melakukan seks boleh dipisahkan perkahwinan. Seks tidak keji, bahkan ia mendapat pahala jika mengikut peraturannya.

Cinta pasangan mendambakan seks; itu benar. Persoalannya; keinginan untuk melakukan seks semasa bila? Jika mengidamnya sebelum kahwin, itu salah. Jika mengidamnya selepas kahwin, itu pahala. Cinta atau kasih, bercinta atau berkasih sayang antara lelaki dan wanita yang ingin hidup bersama, itu normal. Cuma yang rumit, bagaimana mengawal dan menguruskan cinta.



 
Cinta dalam sejarahnya telah memeriahkan banyak kehidupan. Melahirkan banyak ungkapan indah puisi dan lagu. Ungkapan cinta dipetik dari zaman ke zaman. Ia dikongsi oleh hampir kesemua insan melainkan yang kontang fitrahnya. Dari Qais sehingga ke Celine Dion; ungkapan indah cinta antara lelaki dan wanita diulang-ulang oleh manusia. Ia sejagat. Ramai yang dah tua yang mengharamkan cinta untuk generasi muda hari, mereka pun pernah bercinta zaman mudanya.

Anti-Cinta
Melihat kerosakan masyarakat, maka ada yang ‘kuat agamanya’ menyalahkan cinta. Lantas, jatuh cinta kepada seseorang yang boleh dikahwini dianggap bagaikan satu dosa. Pasti jika seseorang yang kuat agamanya jatuh cinta, atau berbicara tentang cintanya itu dianggap sebagai sesuatu yang pelik dan telah hilang kekuatan iman.
Maka tidak pelik jika ada yang bertanya: apa hukum bercinta? Jika ada ustaz yang kata ‘haram’, punca syaitan dan budaya Barat maka sempitlah perasaan golongan hangat bercinta khusus yang masih muda. Mungkin ada yang akan kata dalam dirinya: ‘nanti tua sikit baru boleh aku kuat agama’. Ini kerana susah dia hendak meninggalkan cinta kepada kekasih yang diidami sebagai isteri.
Mungkin ada yang kuat agama terlajak akan berkata: “Kahwin teruslah. Cinta hanya lepas kahwin”. Tapi, si anak muda ini belum bekerja, belum mampu menyediakan belanja sebagai suami. Jika meminang pun, tentu bapa pasangan membantah. Hanya yang ada setakat ini ‘cinta’. Sama juga yang sedang bertunang belum nikah sebab hendak selesaikan urusan belajar ataupun selain. Dalam tempoh itu mereka bercinta pastinya. Berutus surat, email dan sms. Isinya menggambarkan cinta. Jika bercinta haram melainkan setelah kahwin, maka tentu mereka semua hambar.

Jatuh Cinta
Jika kita teliti nas-nas Islam, tiada dalil yang Allah dan RasulNYA mengharamkan mencintai seseorang yang ingin kita jadikan pasangan hidup. Bahkan al-Quran mengiktiraf cinta tersebut. Ini kerana jatuh cinta antara jantina yang berbeza adalah fitrah manusia. Ia bukan diada-adakan. Ia arus yang mengalir dalam jiwa tanpa boleh dihalang. Lihat firman Allah mengenai lelaki yang jatuh cinta kepada janda yang masih dalam edah kematian suami: (maksudnya)
“dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran) untuk meminang perempuan (yang dalam edah kematian suami), atau tentang kamu menyimpan dalam diri (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan mengingati mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis edah yang ditetapkan itu. dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam dada kamu, maka beringat-ingatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar”. (Surah al-Baqarah: 235)

Ayat di atas membicara larangan meminang wanita dalam edah kematian suami sebelum tamat edahnya. Ini kerana hukum edah mempunyai banyak maslahah termasuk membabitkan perasaan keluarga bekas suami. Namun Allah tetap tidak melarang sindiran yang mempunyai maksud ingin meminang, juga tidak salah keinginan yang tersimpan dan perasaan yang selalu teringatkannya. Itu semua tanda ‘jatuh cinta’. Cumanya, Allah memerintahkan agar mengikut peraturan yang ditetapkan.

Rayuan Cinta
Bahkan Nabi s.a.w pernah bersimpati dengan Mughith bekas suami Barirah yang masih mencintai isterinya itu. Tangisan dan rayuan cintanya mendapat simpati Nabi s.a.w. Dalam riwayat al-Bukhari daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas, katanya:
“Bahawa suami Barirah adalah seorang hamba bernama Mughith. Aku seakan masih terbayang dia mengikuti Barirah dari belakang serta menangis sehingga airmatanya mengalir atas janggutnya. Nabi s.a.w berkata kepada ‘Abbas: “Wahai ‘Abbas, tidakkah kau hairan melihat cintanya Mughith kepada Barirah dan bencinya Barirah kepada Mughith?”. Lalu Nabi s.a.w berkata (kepada Barirah): “Tidak mahukah jika engkau kembali kepadanya”. Barirah berkata: “Apakah engkau memerintahkanku?”. Nabi s.a.w bersabda: “Aku hanya mencadangkan”. Kata Barirah: “Aku tidak memerlukan dia”.
Nabi s.a.w tidak melarang Mughith membuat rayuan cinta, bahkan bersimpati dan cuba memujuk Barirah. Namun Barirah enggan, maka tiada paksaan dalam cinta. Apakah kita pula menghalang puisi dan lagu cinta yang beradab yang ditujukan kepada seseorang kerana ingin memperisterikannya?

Dua Kekasih
Nabi s.a.w tidak pernah membantah orang bercinta, sebaliknya cuba memastikan pasangan yang bercinta berakhir dengan perkahwinan. Seorang gadis yatim dipinang oleh dua orang lelaki. Seorang miskin dan seorang lagi kaya. Si gadis memilih yang miskin sedangkan penjaganya memilih yang kaya. Apabila hal ini diberitahu kepada Nabi s.a.w, baginda bersabda:
“Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih).


Kata al-Imam al-Munawi (meninggal) mengulas hadis ini:
“Maksudnya ubat paling berkesan yang dapat merawati kerinduan ialah nikah. Ia adalah penawar yang tiada gantiannya jika ada jalan untuk mendapatkannya” (al-Taisir bi Syarh al-Jami’ al-Saghir, 2/584, Riyadh: Maktab al-Imam al-Syaifii’).


 
Justeru itu, Nabi s.a.w memberikan pilihan untuk isteri memutuskan perkahwinan yang berlaku atas perasaan benci.

Seorang gadis dara datang kepada Nabi s.a.w memberitahu bahawa bapanya mengahwinkannya sedangkan dia tidak suka. Maka, Nabi s.a.w memberikan pilihan kepadanya (sama ada untuk meneruskan atau menolaknya) (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah , dinilai sahih oleh al-Albani).

Haram
Menyimpan rasa cinta antara lelaki dan perempuan tidaklah dilarang dalam agama ini. Di samping ia boleh berlaku di luar kawalan insan, ia adalah fitrah antara lelaki dan perempuan. Ia tidak songsang. Melafazkan rasa cinta seperti Mughith ungkapkan kepada Barirah juga tidak dilarang. Bercinta seperti gadis yatim itu juga tidak dilarang. Puisi dan lagu cinta yang sopan juga tidak dilarang. Jadi apa yang dilarang?

Hanya yang dilarang adalah perbuatan zina. Kedua, -walaupun dosanya tidak seperti zina- perbuatan yang mendekati zina. Adapun bercinta yang masih mempunyai jarak antara antara lelaki dan wanita adalah fitrah insaniah. Menghalang fitrah itu boleh memberikan kesan yang buruk dalam jiwa manusia. Inilah juga yang boleh membawa kecenderungan seks sejenis kerana fitrah asal telah disekat. Jika itu berkembang dalam diri seseorang ia menjadi penyakit yang memusnahkan fitrah asalnya.

Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati zina!


DOK BRAPE NOK BULEH NAPAH


smlm sakit pale, ari ning perot plok wak hal, sabor jer lahh.. hari pertama ramadhan, sedih berbolok @ berbobok dengan gembire... ehehehee.. sape tau? Tuhan je yg tau... ngatuk.. hahaha.. mcm dok pose ane la ari ni, tpi niat2 doh, kot2 mane pon, mri gajoh rima pom, mmg kne pose....wojib!

PENILAIAN JANGAN DENGAN ZAHIR SAHAJA

ambe kossi kenyataan ulama' yg di kenali ramai..nok tau sape, tanye shaayerrr, sms jer skeping..hak3..

"JiwE manusia mesti dihormati... Orang-orang ini tidak menghormati jiwa manusia. Lelaki itu tenang dan simpan ketenangannya. Beliau enggan menutup mata, dan berkeras apabila menghadapi kematian dengan mata terbuka .. dan berkata kedua-dua bahagian daripada syahadah .... Lelaki itu meninggal dunia berkata: 'Tiada Tuhan melainkan Allah' .... Sesiapa sahaja yang mana perkataan yang terakhir  'Tiada Tuhan melainkan Allah' pergi ke syurga."

Perkara yang meningkatkan [rekod] beliau adalah dalam tahun-tahun akhir bahawa - sebagaimana saudara-saudara di Iraq memberitahu kita - dia adalah seorang lelaki yang berubah. Beliau mula mematuhi solat, membaca al-Quran, dan membuat kerja amal. Tentulah Dia akan menyegerakan untuk berbuat apa-apa yang boleh membantu orang. Dia akan membantu membina masjid-masjid, dan mengatakan bahawa jika sesiapa mahu membina sebuah masjid, kerajaan akan membiayai separuh daripada kos bahan binaan. Apabila mereka memasuki tempat persembunyian rahsia dan menangkap beliau, mereka mendapati permaidani solat dan Al-Quran terbuka...

hok bace paham, Alhamdulillah..hok bace dok paham, sms ambe skping..huhu

makan? minum? tido?

lame dok update, mlm 1st day pose, terase plok nok nulih2.. ermm.. sekok2 je dade rs mlm ni.. lepas dok brape nok lepas jer.. dok au bkpe... tido pon dok brape nok bulih tdo, tuboh letih, mate pon rabok doh..mesti ati hok rokrik2 ni..hehehe.. semalam, gi keloh sunga loh.. lame doh dok bermesra nge 'abg telunjok'.. huhu.. ikatan dok kang putuh, ke guane A.N..tp, guane2 pon family &si die mmg x lari nitah dlm pale..hahaha..msuk ari kamih ptg, tubek jumaat tgh hari..bgun pagi jumaat, mri doh sikit2 rokrik2 dlm pale, dlm kete, otw blk, koho tamboh rokrik2.. jdi ruokriok.. aduhhh.. kes kopi smlm r ni kot...drebar kete jgk guane2 pon, syg JA..mmmuahhh... hhuhuhu.. sapa ketey, breti steseng minyok.. beli topak..kredit ade doh, tpi beli lgi? haaaaa..phm2 la deh..hahahaha... tubek dri kedai stesen minyok, nok pesang ler ler, koho sakit dalang pale... aduhhh.. sudang molek spupu ade situ, suroh yer gi atom..dok perlu JA gi atow ambe masuk dalang kapong nuh..shiang ke yer..blk umh,terak tido.. tido kejuk, tido kejuk, last2 ektihpah 2 utir.. tido sejam, bereh teruh.. huhuhu.. ning,ati erek mate suroh jangang katop..hehhee...dakpela, asalkan lena tido die.. guane2 pom, iwlyf&e..