Saturday, September 22, 2012

LAST POST AS LONG AS NEEDED


Bacalah,ketahuilah & fahamilah, jika seorang lelaki amat menyintai seorang wanita:-



-Kecantikan kamu diketepikan…keikhlasan kamu diutamakan... Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. si dia akan sentiasa menghantar sms..wlpan diblas..ini tnda si dia sentiasa memikirkan kamu…

-Sanggup menitiskan air mata deminya.. Bukan semuaanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.

-Tidakkah kamu terharu melih
at seorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu. Itu membuktikan cintanya begitu kuat buatmu.

-Sentiasa menghiburkan hati kamu dikala gundah...

-Sentiasa bersungguh melakukan sesuatu untuk kamu.. .Jangan kamu anggap teman lelakimu seorang yang kuat membebel Sekiranya setiap masa dia cuba memberi kamu nasihat.

-Ingat, nasihat bermaksud mengingati. Jika sudah sayang, macam-macam akan kamu fikirkan termasuklah bimbang akan kehilanganya. Begitu juga jika teman lelakimu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu.

-Ini bermakna dia selalu fikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja

-Ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian, lebihlebih lagi dari orang yang dia sayangi. Baginya kamu bersikap acuh tidak acuh.

-Hal ini boleh menimbulkan perasaan cemburu meluap-luap, tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar setia apabila berdampingan dengan orang lain.

-Pasti dia merasakan dirinya tidak berguna pada kamu.. Lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelakimu berperangai tidak ubah seperti anak-anak kecil semata-mata untuk mendapat perhatian daripadamu.

-Si dia mahu bermanja dan inginkan kekasih hatinya melayannya lebih daripada orang lain yang pernah kamu sayang. Kalau dia merajuk hati, sesekali cubalah untuk memujuknya.

-Kamu hadapi masalah dan orang pertama yang datang membantumu adalah teman lelakimu. Tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rasa bertanggungjawab untuk membantu.

-sekiranya teman lelakimu sentiasa bertanyakan soalan yang sama, “you masih sayang i?”, jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan. Itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya menjadi luntur.

-Sebab itulah, kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat diri kamu sudah dimiliki olehnya.. Tidak suka kamu memakai seksi...kerna tidak suka kamu diperhatikan lelaki lain wlpn berlengan pendek...

-Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

-Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

-Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

-Dia tidak suka kamu keluar malam…tanda ingin menjaga pandangan org terhadap kamu... Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

-Dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kekasihnya. HARGAILAH Lelaki dan terimalah mereka seadanya…. Berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar LELAKI..


p/s : post terakhir selagi tiada permintaan untuk di teruskan. 'post la lagi' will be enough for me to post next.  

Masalah Perut Buncit


Salam Satu Dunia..berita utama, seorang pemuda,Wow Jang Buldung,di pedalaman kota raya berjaya mencatatkan satu rekod baru dunia iaitu 'Menarik & Menggerakkan Sebuah Bas Menggunakan Bulu Hidung'. 

Pemuda itu telah meminta khidmat doktor pakar bagi tujuan menambah dan memanjangkan bulu hidungnya semenjak bekas teman wanitanya,Eleh Akue Debul Tiokjang memutuskan hubungan dengan beliau setahun lepas. Panjang bulu hidung Wow sekarang ini ialah 0.89 meter dan beliau berhasrat untuk membiarkan bulu hidungya itu memanjangkan hingga mencecah buku lali ketika berdiri. 

Wartawan, Karam TeeDuck Timboltimbol bin Eno Halia menemubual teman wanita pemuda tersebut bagi mendapatkan pengesahan mengapa cik Eleh memutuskan hubungan dengan Antara Lelaki Terkuat Dunia itu. Wanita itu memberitahu dia tidak tahan dengan kegelian yang selalu melanda dirinya sepanjang proses hubungan dengan Wow jika teringatkan akan nama bekas teman lelakinya itu yang iras-iras dengan ayat 'wow panjangggg bulu idonggggg'. 

Wow ketika ditanya beliau teramat kecewa dengan bekas teman wanitanya itu, beliau tidak geli sedikit pon walaupun bekas teman wanitanya itu mempunyai nama yang iras-iras dengan ayat 'eleh aku ade bulu ketiak panjang'. 

Berita selanjutnya, lupakan yang mengarut ini yang betulnya. Sekarang ini, ramai orang tidak kira lelaki atau perempuan mempunyai masalah perut buncit. perut buncit merupakan satu igauan ngeri bagi wanita tetapi kebiasaan bagi kaum lelaki. Perut buncit kadang-kadang boleh membuatkan seseorang itu berasa malu dan kurang keyakinan diri. Namun begitu terdapat juga sesetengah persepsi yang mengatakan seseorang yang mempunyai perut yang buncit adalah menarik dan seksi. Saya bersetuju dengan persepsi itu, tapi janganlah buncit sangat kan?bila dah ketidakselesaan, kesukaran ketika bergerak timbul,nak ibadat pun susah kan? bak kate orang ganu 'sakok perot'. Bagi yang mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini, saya sertakan di sini

Cara-cara Mengatasi Masalah Perut Buncit :- 

Membanyakkan Minum Air Masak .

Apabila tubuh badan kita menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh badan juga meningkat. Minum air masak yang banyak juga akan menjamin fungsi hempedu lebih efektif dan penyingkiran bahan buangan badan berjalan lancar.

Makan Secara Perlahan-lahan.

Ketika makan, kita tidak digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan seterusnya membentuk gas yang boleh membuatkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.

Mengurangkan Kuantiti Garam Dalam Makanan.

Terlalu banyak garam dalam diet makanan akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk dan tahniah, anda perut buncit. 

Makan Makanan Penuh Serat.

Untuk mengimbangi kuantiti air dalam tubuh badan, amalan memakan kumpulan makanan-makanan berserat seperti sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu ketika proses penjagaan dari permasalah perut buncit.

Meminta Khidmat Pakar Ketika Pengambilan Ubat.

Terdapat juga kajian yang dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu punca perut menjadi perut buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.

Menghindarkan Sembelit.

Sembelit berlaku apabila seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu, pengambilan serat adalah digalakkan.

Bersenam atau Bersukan.

Bersukan sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.


Islam menggalakkan kita supaya menjaga kesihatan dan kekal mempunyai badan yang sihat dan kuat.

p/s: datin oh datin

Wednesday, September 19, 2012

Pahit Ke Manis Andai Sabar Kuatkan Iman

Puas aku mencuba,
Puas aku berusaha,
Menepis semua dugaan,

Menepis semua rintangan.
Malah ada yang anggap
Aku lupa daratan,

Malah ada yang anggap
Aku lupa kedudukan.

Peritnya aku lalui,
Peritnya aku jalani,
Kemelut yang panjang
Hingga ke saat ini,
Kemelut yang hanya
Diriku sahaja yang mengetahui.

Telah aku fikirkan sedalamnya,
Telah aku selongkar separuh darinya,
Harus aku sabarkan yang telah sabar,
Tak hirau luka, Tak hirau duka.
Dan jatuh air mataku
Mendengar pengakuan ikhlas
'Aku Selalu Inginkan Kemenangan'

Moga suatu hari nanti bertemu
Dengan pengalahan diriku.
Moga suatu hari nanti terbukti
Dengan keikhlasan hati menyayangi.


Pujuklah,
Hadirlah,
Rapatlah,
Dakaplah,
Peluklah,
& Eratlah.





inspired by UKAYS







Saturday, September 8, 2012

KOMUNIKASI DALAM HUBUNGAN

ade ape dengan tajuk? huhu.. hari ini, tanggal 8/9/2012, hatiku terasa lega setelah 2 ke 3 hari asyik gundah gulana, serba tidak kena.. kenapa hati gundah? kerana hati sepanjang masa memikirkan tentang pemiliknya, Datin Seri Yang Terutama Tun Cik Lanang (DSYTTCL) ..huhu.. kenapa hari ini baru hati terawat? kerana hari ini barulah hati terawat setelah memikirkan langkah untuk berubah ialah satu yang salah & hari ini barulah  DSYTTCL perasan dengan perubahanku.. jika tadi aku tidak mengambil langkah untuk berkomunikasi dengan cara yang profesional & formal, chewahhhhhhhhh, agaknya hubungan kami masih akan dingin.. hari ini hati ini selalu mengingatkan, "aku bakal menjadi pemimpin/ketua keluarga, perbetulkan ape yang tidak betul, perkemaskan ape yang sudah elok, ini untuk cinta aku dan dia".. setelah itu terjadi satu komunikasi antara aku dengan Datin Seri yang penuh dengan perasan kasih, cinta & sayang..tidak terjadi ketinggian suhu, setelah aku menegaskan kepada Datin yang komunikasi ini penting untuk kami berdua.. di tanya kenapa, ditanya bagaimana, & dijawab pertanyaan masing- masing tanpa ada perasaan marah, benci, & sakit hati.. Alhamdulillah, kami ke bulan & bintang selepas itu (metafora ni,ambe dok mampu nok gi betul2 bulang nge bitang nuhhhh)..disini aku sertakan pendapat aku sendiri tentang 5 Perkara Bagaimana Untuk Membolehkan Komunikasi Yang Efektif Tercapai :- (komunikasi 2 pihak,pihak pertama & kedua)

1)  Mendengar - pihak pertama seharusnya mendengar dengan teliti percakapan pihak kedua ketika satu komunikasi berlaku,tidak boleh mencampur adukkan dengan pendengaran terhadap perkara lain yang ada ketika komunikasi tersebut berlaku.

2) Bersedia sebelum komunikasi dilakukan - sebelum komunikasi berlaku, persediaan berkenaan dengan perkara yang akan di bincangkan seharusnya di buat terlebih dahulu samada formal @ tidak, baik pihak pertama mahupun pihak kedua.

3)Mengambil nota dan mendokumenkan keputusan - penting untuk kedua-dua pihak mencatitkan sedikit nota/dokumen ketika komunikasi pertimbangan pada masa hadapan

4)Sentiasa fokus dan lakukan perbincangan bermodular - fokus terhadap perkara yang akan di bincangkan tanpa memikirkan perkara yang selain dari tujuan utama komunikasi tersebut. ini adalah penting untuk meyakinkan kedua-dua pihak yang masing-masing inginkan tujuan komunikasi tercapai.

5)Teruskan sekiranya kedua-dua pihak bersetuju, teruskan juga sekiranya persetujuan tidak dicapai dan juga  teruskan sekiranya sesuatu yang kurang jelas tidak dapat diterangkan pada waktu itu - pelik sedikit dengan ayat ini kan? sekiranya pihak kedua bersetuju dengan apa yang pihak pertama ajukan, pihak pertama teruskan dengan perkara lain yang akan dibincangkan tanpa berhenti lama. jika persetujuan tidak tercapai antara kedua-dua pihak mahupun sebelah pihak @ kurang jelas mengenai perkara yang diajukan, teruskan komunikasi, cari solusi, & penerangan sehingga tercapai persetujuan & kefahaman bersama.


shes on the way back, susah hati x terkata, hanya menunggu panggilan si intan permata

Friday, September 7, 2012

MOGA MENERANGI KEGELAPAN



Janganlah gundah gulana/tidak tenteram/timbul marah jika seseorang memerlukan kamu tika hanya disaat kamu diperlukan. Semaikanlah didalam hati bahawa kamu ialah cahaya tika kegelapan menyelubungi orang lain.. aku? hahahahaha.. aku bukanlah wokel rakyat yg selalu dicari rakyat..seorang hamba,insan biasa, anak lelaki, adik, abang, pekerja, tunangan orang..namun, doakan dari dulu hingga sekarang tidak hanya untuk diriku, tapi juga untuk sekalian hamba, agar menjadi insan gemilang & terbilang(pinjam dr.fadzilah punyer ayat)..

MENJADI SATU KESALAHAN UNTUK SUAMI KURANG MENGCEMBURUI ISTERI


SALAH jika seorang suami memBIARkan kesempurnaan,keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai orang. SALAH jika suami memBIARkan isterinya menampakkan aurat ketika keluar rumah. SALAH jika suami membiarkan isteri berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan SALAH jika suami BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ orang ramai. Wanita dimata Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia,sehingga keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja, tidak sesekali di'jaja' dimerata-rata tempat.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}
Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):
“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}
Dan ad-Dayyuts(dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

"MOGA DILINDUNGI, DIPERTEGUHKAN, DITINGGIKAN & DIKUATKAN DENGAN KESABARAN DALAM MENJADI KETUA/PEMIMPIN KELUARGA..HANYALAH UNTUKMU"