SALAH jika seorang suami memBIARkan kesempurnaan,keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai orang. SALAH jika suami memBIARkan isterinya menampakkan aurat ketika keluar rumah. SALAH jika suami membiarkan isteri berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan SALAH jika suami BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ orang ramai. Wanita dimata Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia,sehingga keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja, tidak sesekali di'jaja' dimerata-rata tempat.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.
Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w:
“Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}
Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):
“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}
Dan ad-Dayyuts(dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.
"MOGA DILINDUNGI, DIPERTEGUHKAN, DITINGGIKAN & DIKUATKAN DENGAN KESABARAN DALAM MENJADI KETUA/PEMIMPIN KELUARGA..HANYALAH UNTUKMU"
"MOGA DILINDUNGI, DIPERTEGUHKAN, DITINGGIKAN & DIKUATKAN DENGAN KESABARAN DALAM MENJADI KETUA/PEMIMPIN KELUARGA..HANYALAH UNTUKMU"

No comments:
Post a Comment