Bagaimana untuk tunjukkan kasih sayang? Sedar atau tidak, soalan ini kerap kali timbul dalam sebuah perhubungan. Komunikasi yang menunjukkan perasaan kasih & sayang dalam sebuah perhubungan adalah amat penting sebagai perhargaan terhadap insan tersayang. Tetapi, kehidupan yang sibuk memberikan cabaran kepada kita untuk menunjukkan kasih sayang dengan lebih kerap. Untuk itu, hipotesisnya , semakin kita melebihkan sikap bersyukur & ambil berat terhadap satu perhubungan, semakin besar kemungkinan ikatan perhubungan menjadi kekal sihat & kuat, dan seterusnya permasalahan kekurangan masa untuk menyampaikan kasih sayang kerana kesibukan hidup dapat di atasi. Jika anda mencari pengukuh untuk tindakan menyampaikan sikap kasih sayang anda, rujuk cara-cara di bawah.
1. LUAHKAN DENGAN PERKATAAN
Menerima nota cinta dari insan tersayang adalah perkara yang teramat manis dalam sesebuah perhubungan. Zaman sekarang, dengan teknologi yang serba canggih, kita boleh menyampaikan kata-kata indah dengan mudah, semuanya dihujung jari maa. Belajar untuk menunjukkan kasih sayang tetapi merasakan kita bukan seorang yang 'pakar' terhadap perkara tersebut? Dont worryyyy,be happy. Apa yang anda perlukan hanyalah beberapa perkataan yang hadir dari hati yang ikhlas.