Saturday, September 8, 2012

KOMUNIKASI DALAM HUBUNGAN

ade ape dengan tajuk? huhu.. hari ini, tanggal 8/9/2012, hatiku terasa lega setelah 2 ke 3 hari asyik gundah gulana, serba tidak kena.. kenapa hati gundah? kerana hati sepanjang masa memikirkan tentang pemiliknya, Datin Seri Yang Terutama Tun Cik Lanang (DSYTTCL) ..huhu.. kenapa hari ini baru hati terawat? kerana hari ini barulah hati terawat setelah memikirkan langkah untuk berubah ialah satu yang salah & hari ini barulah  DSYTTCL perasan dengan perubahanku.. jika tadi aku tidak mengambil langkah untuk berkomunikasi dengan cara yang profesional & formal, chewahhhhhhhhh, agaknya hubungan kami masih akan dingin.. hari ini hati ini selalu mengingatkan, "aku bakal menjadi pemimpin/ketua keluarga, perbetulkan ape yang tidak betul, perkemaskan ape yang sudah elok, ini untuk cinta aku dan dia".. setelah itu terjadi satu komunikasi antara aku dengan Datin Seri yang penuh dengan perasan kasih, cinta & sayang..tidak terjadi ketinggian suhu, setelah aku menegaskan kepada Datin yang komunikasi ini penting untuk kami berdua.. di tanya kenapa, ditanya bagaimana, & dijawab pertanyaan masing- masing tanpa ada perasaan marah, benci, & sakit hati.. Alhamdulillah, kami ke bulan & bintang selepas itu (metafora ni,ambe dok mampu nok gi betul2 bulang nge bitang nuhhhh)..disini aku sertakan pendapat aku sendiri tentang 5 Perkara Bagaimana Untuk Membolehkan Komunikasi Yang Efektif Tercapai :- (komunikasi 2 pihak,pihak pertama & kedua)

1)  Mendengar - pihak pertama seharusnya mendengar dengan teliti percakapan pihak kedua ketika satu komunikasi berlaku,tidak boleh mencampur adukkan dengan pendengaran terhadap perkara lain yang ada ketika komunikasi tersebut berlaku.

2) Bersedia sebelum komunikasi dilakukan - sebelum komunikasi berlaku, persediaan berkenaan dengan perkara yang akan di bincangkan seharusnya di buat terlebih dahulu samada formal @ tidak, baik pihak pertama mahupun pihak kedua.

3)Mengambil nota dan mendokumenkan keputusan - penting untuk kedua-dua pihak mencatitkan sedikit nota/dokumen ketika komunikasi pertimbangan pada masa hadapan

4)Sentiasa fokus dan lakukan perbincangan bermodular - fokus terhadap perkara yang akan di bincangkan tanpa memikirkan perkara yang selain dari tujuan utama komunikasi tersebut. ini adalah penting untuk meyakinkan kedua-dua pihak yang masing-masing inginkan tujuan komunikasi tercapai.

5)Teruskan sekiranya kedua-dua pihak bersetuju, teruskan juga sekiranya persetujuan tidak dicapai dan juga  teruskan sekiranya sesuatu yang kurang jelas tidak dapat diterangkan pada waktu itu - pelik sedikit dengan ayat ini kan? sekiranya pihak kedua bersetuju dengan apa yang pihak pertama ajukan, pihak pertama teruskan dengan perkara lain yang akan dibincangkan tanpa berhenti lama. jika persetujuan tidak tercapai antara kedua-dua pihak mahupun sebelah pihak @ kurang jelas mengenai perkara yang diajukan, teruskan komunikasi, cari solusi, & penerangan sehingga tercapai persetujuan & kefahaman bersama.


shes on the way back, susah hati x terkata, hanya menunggu panggilan si intan permata

No comments:

Post a Comment