Salam Satu Dunia..berita
utama, seorang pemuda,Wow Jang Buldung,di pedalaman kota raya berjaya mencatatkan satu rekod baru
dunia iaitu 'Menarik & Menggerakkan Sebuah Bas Menggunakan Bulu
Hidung'.
Pemuda itu telah meminta khidmat doktor pakar bagi tujuan menambah dan memanjangkan bulu hidungnya semenjak bekas teman wanitanya,Eleh Akue Debul Tiokjang memutuskan hubungan dengan beliau setahun lepas. Panjang bulu hidung Wow sekarang ini ialah 0.89 meter dan beliau berhasrat untuk membiarkan bulu hidungya itu memanjangkan hingga mencecah buku lali ketika berdiri.
Wartawan, Karam TeeDuck Timboltimbol bin Eno Halia menemubual teman wanita pemuda tersebut bagi mendapatkan pengesahan mengapa cik Eleh memutuskan hubungan dengan Antara Lelaki Terkuat Dunia itu. Wanita itu memberitahu dia tidak tahan dengan kegelian yang selalu melanda dirinya sepanjang proses hubungan dengan Wow jika teringatkan akan nama bekas teman lelakinya itu yang iras-iras dengan ayat 'wow panjangggg bulu idonggggg'.
Wow ketika ditanya beliau
teramat kecewa dengan bekas teman wanitanya itu, beliau tidak geli sedikit pon
walaupun bekas teman wanitanya itu mempunyai nama yang iras-iras dengan
ayat 'eleh aku ade bulu ketiak panjang'.
Berita selanjutnya, lupakan
yang mengarut ini yang betulnya. Sekarang ini, ramai orang tidak kira lelaki
atau perempuan mempunyai masalah perut buncit. perut buncit merupakan satu
igauan ngeri bagi wanita tetapi kebiasaan bagi kaum lelaki. Perut buncit kadang-kadang
boleh membuatkan seseorang itu berasa malu dan kurang keyakinan diri. Namun
begitu terdapat juga sesetengah persepsi yang mengatakan seseorang yang
mempunyai perut yang buncit adalah menarik dan seksi. Saya bersetuju dengan
persepsi itu, tapi janganlah buncit sangat kan ?bila
dah ketidakselesaan, kesukaran ketika bergerak timbul,nak ibadat pun susah kan ? bak kate orang
ganu 'sakok perot'. Bagi yang mencari jalan penyelesaian bagi masalah ini,
saya sertakan di sini
Cara-cara Mengatasi Masalah Perut Buncit :-
Membanyakkan Minum Air Masak .
Apabila tubuh badan kita
menerima sumber air yang banyak, keadaan itu akan mencairkan kuantiti sodium
dalam tubuh badan sehingga membolehkan kuantiti air yang keluar dari tubuh
badan juga meningkat. Minum air masak yang banyak juga akan menjamin
fungsi hempedu lebih efektif dan penyingkiran bahan buangan badan berjalan
lancar.
Makan Secara Perlahan-lahan.
Ketika makan, kita tidak
digalakkan makan dengan cepat kerana udara akan terkepung di dalam usus dan
seterusnya membentuk gas yang boleh membuatkan perut menjadi buncit. Makanan yang tidak
dikunyah sehingga kecil juga tidak dapat dicerna dengan sempurna yang
seterusnya menyebabkan proses kembung perut berlaku.
Mengurangkan Kuantiti Garam Dalam Makanan.
Terlalu banyak garam dalam
diet makanan akan menambah ekstrak sodium terhadap cairan dalam tubuh dan
melambatkan mekanisme proses pengeluaran air dari sel badan. Akibatnya, perut
akan menjadi kembung dengan gas-gas yang terbentuk dan tahniah, anda perut
buncit.
Makan Makanan Penuh Serat.
Untuk mengimbangi kuantiti
air dalam tubuh badan, amalan memakan kumpulan makanan-makanan berserat seperti
sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu
ketika proses penjagaan dari permasalah perut buncit.
Meminta Khidmat Pakar Ketika Pengambilan Ubat.
Terdapat juga kajian yang
dilakukan mengatakan, pengambilan pelbagai jenis ubat-ubatan menjadi salah satu
punca perut menjadi perut
buncit. Sebagai contoh, ubat Aspirin yang terlalu kerap di ambil akan
menyebabkan timbulnya penyakit lain seperti sembelit.
Menghindarkan Sembelit.
Sembelit berlaku apabila
seseorang itu mengalami masalah dalam pembuangan danhanya membuang tidak lebih
dari tiga kali seminggu. Sebagai akibat dari penyakit ini, perut akan
mengumpul gas-gas yang berlebihan dan merangsang isi perut mengumpul
lemak-lemak yang boleh menyebabkan kekembungan dan perut buncit. Oleh itu,
pengambilan serat adalah digalakkan.
Bersenam atau Bersukan.
Bersukan sebanyak tiga kali
seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang
bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.Bersukan akan membantu menggerakkan
cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang
yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.
Islam menggalakkan kita supaya menjaga kesihatan dan kekal
mempunyai badan yang sihat dan kuat.
p/s: datin oh datin
p/s: datin oh datin
No comments:
Post a Comment